Allah.
Maafkan aku.
Aku lemah. Aku lupa.
Hati aku. Tak aku jaga dengan sempurna.
Berkali-kali suara kecil dalam hati. Menyuruh kembali.
Tapi aku abaikan.Seronok mendengar ilusi nafsu sendiri.
Allah.
Maafkan aku.
Aku lupa.
Aku nampak jalannya.Tapi aku masih teragak-agak melangkah.
Kerana aku takut jatuh.
Allah.
Maafkan aku.
Aku bangga.
Aku perasan akal aku boleh menyelesaikan segalanya.
No comments:
Post a Comment