Thursday, July 24, 2014

Sunyi

Aku terasa aku kosong tanpa belaian manusia.

Bukan belaian fizikal, belaian emosi. Aku inginkan manusia yang mendengar. Manusia yang memujuk. Manusia yang menangis untuk aku. Manusia yang ketawa mendengar lawak aku.

Ini dinamakan desperate.

Ada suara dalam diri berkata. Yang diperlukan sekarang sebenarnya kembali kepada fitrah hidup ber-Tuhan. Sesungguhnya akan kau lupakan kesunyian yang bersarang.

Ibu bapa yang dahulunya tempat bermanja kini tempat aku melampiaskan kekecewaan. Adik-adik yang dulu aku sayang kini semua merangkak dewasa meninggalkan aku.

Di mana mahu aku mencari teman yang baharu.Aku pun tidak tahu

Mungkin benarlah suara yang berdering. Hidup tanpa Tuhan ini hidup yang kosong sekosongnya. Aku hanya hidup kerana aku hidup. Tiada tujuan mahupun daya penolak yang menggerak. Ini menyedihkan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive