Thursday, March 26, 2015

Under Pressure.

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya dalam keadaan yang sangat ditekan sekarang kerana saya terperangkap dalam satu komitmen yang saya tak yakin saya mampu tangani.

Kemudian saya hanya mempunyai peluang terakhir melulusi tahun ! yang saya tersekat selama 3 tahun sepanjanjang di Mesir.

Saya hanyalah manusia biasa yang tak punya apa-apa. Saya hanya ada keyakinan terhadap Tuhanyang akan membantu saya setelah saya berusaha sebaik-boleh.

Tetapi saya tak lagi berusaha sebaik boleh. Masa seperti tak mengizinkan kerana saya tak menghargai masa sepenuhnya.

Tuhan,bantulah aku terus yakin dengan bantuan Kau. Aku rasa lemah dan tak bermaya dengan tekanan dari pelbagai pihak.

Aku tahu, aku ini hebat dan bijaksana orangnya. Tetapi tanpa izin Kau aku hanyalah sekeping hamba yang terus terbang hanyut dalam ilusi sendiri.

Aku perlu sedar dari ilusi yang ujian itu masih lagi jauh. Ilusi yang aku masih selamat dari kemurkaan Kau. Dari ujian kau.

Semua ini, semua kesusahan ini adalah dari kelemahan aku sendiri. Dari keangkuhan aku.

Aku banyak belajar. Dan aku akan terus belajar.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive