Tahun 2030
Malam yang sejuk.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku berselubung di rumah bersama isteri. Tapi kerana janji. Aku keluar juga berjalan di bandaraya sesak malam ini.
Aku tak keluar berseorangan. Tangan digenggam erat dari belakang. Menarik si kecil yang seronok melihat cahaya metropolitan menghias malam.
Dalam laju berjalan, si kecil bersuara semula.
...............................................................................................................................................................
Kenangan. Kenangan yang mungkin dilupakan. Tapi tetap memberi kesan dalam kehidupan. Aku berharap masa hadapan terus cerah. Asalkan kita terus melangkah kehadapan.
Aku berharap sangat. Dia terus berusaha di sana. Supaya satu hari nanti, Aku boleh berkata dengan bangga.
Sial. Menangis.

"Athirah, jalan cepat sikit. Sejuk ni. Nanti demam."Si kecil menjawab.
"Alaaa... perlahan la sikit abah. Lawa kan bandar malam-malam macam ni."Aku hanya tersenyum. Aku tak gemar merayau di kawasan sesak manusia seperti ini. Bising. Tiada ketenangan dirasakan. Tapi aku berjanji pada si isteri. Si ayah yang serba sibuk ini perlu meluangkan masa untuk si anak. Seronok betul si kecil aku tengok. Mungkin kerana jarang dapat bersama si ayah. Hanya muka ibu sahaja yang dihadap setiap hari.
Dalam laju berjalan, si kecil bersuara semula.
"Abah."
"Iye Athirah. Apanye. Sejuk eh."Si kecil tetap diam. Merenung sesuatu.
" Bangunan tu...bangunan apa abah?" Kata si kecil sambil menunjuk.Pandangan dialihkan kearah hujung jari si kecil menunjuk. Cuba dikenali bangunan yang mana. Dilihat bangunan tersergam indah. Setelah dikenalpasti. Aku tersenyum sendiri.
"Ahh. Abah pun lupa nama bangunan dia. Tapi yang pereka dia tu dulu rapat dgn abah masa belajar dulu."Renungan si kecil dialihkan kepada si ayah pula.
"Abah kenal arkitek?" Si kecil bertanya.
"Eerm...abah kenal."
"Oh...macam mana dia kenal abah pulak." Si kecil bertanya lagi.
"Haha. Panjang ceritanya. Nanti la Athirah dah besar sikit abah cerita."
"Ohh..perangai dia macam mana dulu abah? Dia hensem tak? Mesti macam abah. Selekeh. Hihi."Eh budak ni. Makin galak pulak dia. Getus hati sendiri. Tapi takpe. Soalan mesti dijawab. Budak-budak, memang biasa banyak bertanya.
"Ermmm...macam mana nak cakap ek. Dia rajin, kreatif, dan suka sangat melukis. Dia jelas dengan matlamat kehidupan dia. Dia berusaha demi capai matlamat dia. Dia tak pernah biar orang lain lemahkan semangat dia. Seorang yang sangat bermotivasi.Si kecil hanya diam mendengar penjelasan panjang aku.
"Jadi dia hensem tak?"Ketawa mendengar pertanyaan itu.
"Tak... dia tak hensem. Dia lawa."Si kecil hanya ketawa. Aku pun hanya tersenyum. Langkah kaki yang laju tadi terhenti. Aku memandang si kecil. Tersengih.
...............................................................................................................................................................
Kenangan. Kenangan yang mungkin dilupakan. Tapi tetap memberi kesan dalam kehidupan. Aku berharap masa hadapan terus cerah. Asalkan kita terus melangkah kehadapan.
Aku berharap sangat. Dia terus berusaha di sana. Supaya satu hari nanti, Aku boleh berkata dengan bangga.
"Itu... itu hasil usaha si comel yang aku dulunya sangat dikasihi."Wahai yang di sana. Teruskan berusaha. Walaupun aku tahu, kau takkan membaca.
Sial. Menangis.
No comments:
Post a Comment