Wednesday, November 21, 2012

Surat Seorang Anak

Dear Abah,

Anggap yang menulis ini bukan anak abah. Cuma seorang anak lelaki kepada seorang ayah yang dikenali.

Aku seorang anak lelaki. Anak pertama.

Aku membesar dalam suasana yang serba biasa. Bukan orang ternama. Bukan orang hina. Bukan Orang kaya. Bukan orang miskin.

Yang aku ingin bercerita di sini ialah tentang ayahku. Dia seorang lelaki yang baik. Tak pernah tinggal solat. Rajin bekerja. Kemas dan pembersih orangnya.

Tapi sayang seribu sayang. Sehingga kini, kami jarang berkomunikasi. Kata-kata yang aku selalu dengar dari dia hanya sindiran, bebelan. Jarang dia memuji. Yang selalu diterima hanya kritikan dan kata-kata merendahkan.

Aku sedar, apa yang dia cuba sampaikan hanya untuk aku menjadi lebih kuat. Sehingga kini, kritikan yang dia berikan masih lekat di ingatan. Menjadi panduan dlm kehidupan.

Cuma yang terkilannya, aku teringin juga mendengar dia memuji. Ucapan yang dia sayangkan aku. Dia bangga ada anak lelaki seperti aku. Aku ingin dia menjadi rujukan saat aku lemah. Memberi sokongan. Tempat aku bertanya ketika aku hilang jalan.

Kesannya dilihat sehingga kini, aku menjadi seorang dewasa dengan ego yang menebal. Susah menghormati orang di sekeliling.

Aku dah besar sekarang. Aku dah lupakan masa lampau. Benda yang dah lepas. Dah lepas.

Sebagai abang,aku cuma berharap. Abah, kau ubah sikap kepada adik-adik aku.Tunjukkan mereka kau seorang ayah. Bukan hanya pemberi nafkah. Selalu lah ada di rumah.

Kan bagus kalau mereka mencari kau saat susah.
Kau nak mereka cari pedoman dengan mat dadah tepi jalan? Atau menyendiri seorang diri dalam bilik sunyi?

Mereka akan membesar dengan ego juga. Berfikir mereka tak perlukan sesiapa. Orang lain sama saja seperti ayahku. Dingin dan tak peduli.

Bukan aku tak hargai pengorbanan yang kau beri wahai Abah. Aku berterima kasih atas segala. You gave a lot. But you can give a lot more.

Aku taknak adik-adikku jadi seperti aku.

1 comment:

  1. abah tau along boleh lebih berjaya sebab along ada IQ dan EQ cuma perlu tekalkan usaha,rajin dan bersungguhjangan ambil mudah walaupun pada perkara kecil. Abah bangga pada pencapaian along setakat ini tapi perjalanan masih jauh perlu usaha lagi supaya berjaya jadi ikutan, dikagumi dan berjaya dalam kerjaya. kejayaan along akan jadi contoh adk-adk. Segala kelemahan dan kekurangan abah jadikanlah pendoman dan sempadan. Abah sentiasa mendoakan dan mengharap yang terbaik untuk along. Dalam senyap abah sentiasa mendoakan yang terbaik

    ReplyDelete

Blog Archive