Friday, May 16, 2014

Nak Exam







I should stop blaming dear Allah for everything that happened in my life.

What will happen will happen.

Saturday, March 15, 2014

Ribut Emosi

Assalamualaikum,

Sekarang aku dalam satu keadaan di mana emosi aku bercanggah dengan identiti aku.

Hati ni rasa sunyi. Tapi aku taknak merapatkan diri dengan manusia. Manusia lain melemahkan aku. Buat aku lupa.

Aku cuba mencari teman. Tapi lagi banyak teman aku ada. Lebih sunyi aku rasa. Kesunyian ni hanya dapat diisi dengan sesuatu yang lebih dipercayai.

Mungkin aku patut bela kucing sekor.

Dan sedihnya bila kita kena rijek dgn senyap tanpa perkataan.

Tapi aku masih memandang ke depan. Aku buat semua kerana kehendak emosi aku. Apabila kehendak hati tu dipenuhi, aku akan abaikan  dia dan mula rasa ia sesuatu yang menyusahkan. Tidak adil bukan.

Jadi mungkin lagi bagus aku menyendiri untuk harini dan esok dan lusa dan tulat.

Lagipun,


Tak guna aku ada manusia mengisi hati. Kalau Tuhan masih aku tinggalkan begitu sahaja.



Wednesday, August 7, 2013

Emosi. Intelek. Nafsu

Aku bukan hilang kemanusiaan.

Aku hilang identiti. Aku mula hilang apa yang membentuk Amirul Haziq.

Apa yang membentuk Amirul Haziq?

Aku pun taktau. Aku dah lupa.

Yang aku ingat, Amirul Haziq dulunya berprinsip. Apa dia cakap, dia akan buat.

Dia melihat apa yang positif dalam setiap negatif.

Dia juga ingat untuk melihat apa yang negatif dalam keadaan paling optimis.

Dia mengakui nafsu dia sukar dikawal. Tapi itu tak bermaksud dia akan putus asa.

Amirul Haziq dahulu, dilamun cinta dengan Tuhan.

Hidup.

Bila kita dah jumpa semua jawapan kepada semua soalan yang kita fikirkan. Kita dah tak rasa macam nak hidup lagi dah. Bosan. Semuanya bosan.

Friday, July 26, 2013

Amirul Haziq

Assalammmualaikum semua.


Aku Amirul Haziq.

Aku mengelak manusia. Aku tak suka ikatan pada manusia yang aku tak berminat.

Kalau aku berminat, lainlah ceritanya.

Sekarang ni.

Aku menyampah bila orang cuba menceroboh ruang peribadi aku.

Maaflah, ruang peribadi aku lebih luas dari biasa.Kalau seseorang call henfon aku lebih dari tiga kali sehari pun aku dah rimas.

Ini lagi, tanpa izin nak ajak aku bercerita pasal ex aku. Memang tak ah.

Oh ya.

Manusia.

Heh. Sejauh mana kau fikir kau istimewa. Kau tetap masih seorang manusia.


Thursday, January 10, 2013

Sunyi.

Rindu. Rindu serindu rindunya.

Tapi kalau kau dah taknak.

Aku tak boleh paksa

Friday, December 28, 2012

Merapu

28 December 2012.

If I still have a girlfriend I would spend credits to just call her. It's our monthsary.

But now here I am. With a katana on one hand. And a vampire's decapitated head on the other.

My delusions are getting worse. Desperately praying to God for an answer. Imagining what would happen today if it was not because of my stupidity. I am ever regretful for everything.

Truthfully. I am okay.

But I miss her like hell. I wanted to call her and say how much I love her. But I can't.

To put this easily, I separate myself into two parts.

This part. Haziq.

He misses her like hell. He loves her so much. Everything without her is different. Everything seemed dull.

That's why he won't stop trying.

The other part, Amirul.

He is actually is relieved when all this happens. A human would just hinder his adventure. Tiny stuffs like mushy stuffy woogie goo goo is shit. I have a job to do.

That's why he doesn't care.




But not getting any news from her is driving me mad. I need to see her. I really do.

28.


This day. 28 December, Which I intend to just go through without saddening flashbacks.

A girl.Which has nothing to do with me.

I have stopped trying.

But I can't stop hoping.



She's happier without me.

It's just me. Selfish ol me.

Slowly, evolving to something that is not me.

Friday, November 30, 2012

Transkripsi Realiti

Tahun 2030

Malam yang sejuk.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku berselubung di rumah bersama isteri. Tapi kerana janji. Aku keluar juga berjalan di bandaraya sesak malam ini.

Aku tak keluar berseorangan. Tangan digenggam erat dari belakang. Menarik si kecil yang seronok melihat cahaya metropolitan menghias malam.
"Athirah, jalan cepat sikit. Sejuk ni. Nanti demam."
Si kecil menjawab.
"Alaaa... perlahan la sikit abah. Lawa kan bandar malam-malam macam ni."
Aku hanya tersenyum. Aku tak gemar merayau di kawasan sesak manusia seperti ini. Bising. Tiada ketenangan dirasakan. Tapi aku berjanji pada si isteri. Si ayah yang serba sibuk ini perlu meluangkan masa untuk si anak. Seronok betul si kecil aku tengok. Mungkin kerana jarang dapat bersama si ayah. Hanya muka ibu sahaja yang dihadap setiap hari.

Dalam laju berjalan, si kecil bersuara semula.
"Abah."
"Iye Athirah. Apanye. Sejuk eh."
Si kecil tetap diam. Merenung sesuatu.
" Bangunan tu...bangunan apa abah?" Kata si kecil sambil menunjuk.
Pandangan dialihkan kearah hujung jari si kecil menunjuk. Cuba dikenali bangunan yang mana. Dilihat bangunan tersergam indah. Setelah dikenalpasti. Aku tersenyum sendiri.
"Ahh. Abah pun lupa nama bangunan dia. Tapi yang pereka dia tu dulu rapat dgn abah masa belajar dulu." 
Renungan si kecil dialihkan kepada si ayah pula.
"Abah kenal arkitek?" Si kecil bertanya.
"Eerm...abah kenal." 
 "Oh...macam mana dia kenal abah pulak." Si kecil bertanya lagi.
"Haha. Panjang ceritanya. Nanti la Athirah dah besar sikit abah cerita."
"Ohh..perangai dia macam mana dulu abah? Dia hensem tak? Mesti macam abah. Selekeh. Hihi."
Eh budak ni. Makin galak pulak dia. Getus hati sendiri. Tapi takpe. Soalan mesti dijawab. Budak-budak, memang biasa banyak bertanya.
"Ermmm...macam mana nak cakap ek. Dia rajin, kreatif, dan suka sangat melukis. Dia jelas dengan matlamat kehidupan dia. Dia berusaha demi capai matlamat dia. Dia tak pernah biar orang lain lemahkan semangat dia. Seorang yang sangat bermotivasi.
Si kecil hanya diam mendengar penjelasan panjang aku.
"Jadi dia hensem tak?"
Ketawa mendengar pertanyaan itu.
"Tak... dia tak hensem. Dia lawa."
Si kecil hanya ketawa. Aku pun hanya tersenyum. Langkah kaki yang laju tadi terhenti. Aku memandang si kecil. Tersengih.

...............................................................................................................................................................

Kenangan. Kenangan yang mungkin dilupakan. Tapi tetap memberi kesan dalam kehidupan. Aku berharap masa hadapan terus cerah. Asalkan kita terus melangkah kehadapan.

Aku berharap sangat. Dia terus berusaha di sana. Supaya satu hari nanti, Aku boleh berkata dengan bangga.
"Itu... itu hasil usaha si comel yang aku dulunya sangat dikasihi."
Wahai yang di sana. Teruskan berusaha. Walaupun aku tahu, kau takkan membaca.

Sial. Menangis.

Wednesday, November 21, 2012

Surat Seorang Anak

Dear Abah,

Anggap yang menulis ini bukan anak abah. Cuma seorang anak lelaki kepada seorang ayah yang dikenali.

Aku seorang anak lelaki. Anak pertama.

Aku membesar dalam suasana yang serba biasa. Bukan orang ternama. Bukan orang hina. Bukan Orang kaya. Bukan orang miskin.

Yang aku ingin bercerita di sini ialah tentang ayahku. Dia seorang lelaki yang baik. Tak pernah tinggal solat. Rajin bekerja. Kemas dan pembersih orangnya.

Tapi sayang seribu sayang. Sehingga kini, kami jarang berkomunikasi. Kata-kata yang aku selalu dengar dari dia hanya sindiran, bebelan. Jarang dia memuji. Yang selalu diterima hanya kritikan dan kata-kata merendahkan.

Aku sedar, apa yang dia cuba sampaikan hanya untuk aku menjadi lebih kuat. Sehingga kini, kritikan yang dia berikan masih lekat di ingatan. Menjadi panduan dlm kehidupan.

Cuma yang terkilannya, aku teringin juga mendengar dia memuji. Ucapan yang dia sayangkan aku. Dia bangga ada anak lelaki seperti aku. Aku ingin dia menjadi rujukan saat aku lemah. Memberi sokongan. Tempat aku bertanya ketika aku hilang jalan.

Kesannya dilihat sehingga kini, aku menjadi seorang dewasa dengan ego yang menebal. Susah menghormati orang di sekeliling.

Aku dah besar sekarang. Aku dah lupakan masa lampau. Benda yang dah lepas. Dah lepas.

Sebagai abang,aku cuma berharap. Abah, kau ubah sikap kepada adik-adik aku.Tunjukkan mereka kau seorang ayah. Bukan hanya pemberi nafkah. Selalu lah ada di rumah.

Kan bagus kalau mereka mencari kau saat susah.
Kau nak mereka cari pedoman dengan mat dadah tepi jalan? Atau menyendiri seorang diri dalam bilik sunyi?

Mereka akan membesar dengan ego juga. Berfikir mereka tak perlukan sesiapa. Orang lain sama saja seperti ayahku. Dingin dan tak peduli.

Bukan aku tak hargai pengorbanan yang kau beri wahai Abah. Aku berterima kasih atas segala. You gave a lot. But you can give a lot more.

Aku taknak adik-adikku jadi seperti aku.

Blog Archive